Tiga indikator, satu chart. Panduan ini tunjuk apa yang setiap warna candle, garisan, kotak, ikon dan label maksudkan, bila ia muncul, dan tindakan yang selari dengan SOP kelas PinkCandle.
Tentang carta: Semua carta guna data contoh harian (bukan saham sebenar). Nombor bulat merah jambu pada carta merujuk senarai di bawah setiap carta.
Indikator utama di carta harga. Ia mewarnakan candle mengikut momentum, melukis Bantal, TREND V8, WhiteLine dan BlueLine untuk arah, TonyBox untuk kawasan jerung, serta label struktur, trendline dan Delta.
Setiap candle hanya ada satu warna. Jika beberapa keadaan berlaku serentak, keutamaan ialah White, Orange, Yellow, Pink, Blue, kemudian Grey. Candle tanpa keadaan khas kekal dengan warna asal chart (hijau/merah).
Momentum naik baru bermula.
Selepas Pink dan dekat Bantal putih: trigger Entry.Harga di hujung bawah julat terkini.
Standby. Tunggu reversal atau WhiteCandle.Harga di hujung atas julat terkini.
Bersedia Take Profit.Harga melampau di luar julat biasa. Di atas: momentum memuncak. Di bawah: terlebih jual teruk.
Di atas: layan, jangan Entry baru. Di bawah: jangan tangkap pisau.Harga tembus keluar julat biasa, ke atas atau ke bawah.
Semak arah dan warna volume. Entry di sini sudah lewat.Momentum naik mula lemah.
Isyarat keluar. Jangan Entry.Penting: Warna hanya muncul selepas candle close. Candle yang sedang bergerak kekal hijau/merah biasa, jadi jangan Entry sebelum candle tutup.
PERFECT SETUP berbunyi. Ini titik Entry.Label PERFECT SETUP pada carta ini hanya untuk panduan. Di TradingView, PERFECT SETUP ialah alert, bukan label di chart.
Perhatikan 7 dan 8: Sell Bantal di tengah uptrend hanya Pullback. Harga kekal di atas BlueLine dan TonyBox, kemudian PinkCandle diikuti WhiteCandle. Inilah setup Buy on Pullback yang disarankan dalam Kelas 36.
Hanya satu trendline setiap jenis dan satu label BO/BD terkini dipaparkan.
Tanda ABS (absorption) ditambah bila badan candle sangat kecil tetapi ekornya panjang: tekanan besar diserap tanpa harga bergerak. Delta Number OFF by default; hidupkan dalam Settings. Label diletak satu candle ke kanan supaya tidak menutup candle.
| TF | TRND |
| 1H | XU |
| 4H | UT |
| D | UT |
| W | UT |
Contoh di atas: trend Daily dan Weekly naik, 1H baru pulih dari Pullback. Ini keadaan Buy on Dip yang sihat (Kelas 6).
| Kod | Warna | Maksud |
|---|---|---|
UT | Hijau | Uptrend. Harga dan garisan pantas di atas garisan perlahan. |
XU | Kuning | Crossing Up. Harga naik atas garisan pantas, belum lepas garisan perlahan. |
SW | Ungu | Sideways. Tiada arah jelas. |
XD | Oren | Crossing Down. Harga jatuh bawah garisan pantas, masih atas garisan perlahan. |
DT | Merah | Downtrend. Harga dan garisan pantas di bawah garisan perlahan. |
| Pilihan | Default | Fungsi |
|---|---|---|
| TonyBox | ON | Kotak oren kawasan jerung |
| Hh HL LL LH | ON | Label struktur |
| Bantal | ON | Awan putih/kuning |
| Buy/Sell Bantal | ON | Label hijau/merah bila Bantal bertukar |
| Trendline · Trendline BO | ON | Trendline putus-putus dan label BO/BD |
| BlueLine | ON | Garisan biru last support |
| MA 200 | OFF | Garisan kelabu penanda jerung jangka panjang (Kelas 2) |
| TREND v8 | ON | Garisan hijau/merah |
| Rempit | OFF | Titik kelabu atas/bawah: had pergerakan biasa untuk scalping |
| WhiteLine | ON | Garisan putih trend + Trailing Stop |
| Pichu Signal | OFF | Isyarat Pichu terus di carta harga |
| 52WH/52WL | OFF | Paras tertinggi/terendah 52 minggu |
| Delta Number | OFF | Label tekanan beli/jual |
Tab Colors dan Candle Colors untuk tukar warna. Dashboard: pilih Saiz (Comel, Kecil, Sederhana, Besar) dan Lokasi.
| Alert | Bila berbunyi |
|---|---|
PERFECT SETUP | WhiteCandle dalam 3 candle selepas PinkCandle |
WHITECANDLE | Monitor for EP |
PINKCANDLE | Monitor for reversal |
GREYCANDLE · BLUECANDLE | Keadaan Grey / Blue |
TREND V8 bertukar hijau/merah | TREND V8 tukar arah |
Bantal Cross Up/Down | Bantal tukar putih/kuning |
BO · BD | Tembus trendline |
Delta UP/DOWN | Label Delta muncul (perlu Delta Number ON) |
Pichu ... | Semua isyarat Pichu, walaupun Pichu Signal OFF |
Pasang alert dengan pilihan Once Per Bar Close supaya alert hanya berbunyi selepas candle tutup (Kelas 36).
Panel bawah yang menunjukkan siapa menggerakkan harga: Banker (jerung/institusi), Hot Money atau Retailer. Syarat asas hampir setiap SOP: Banker melebihi 10.
Kedua-dua tengkorak guna ikon yang sama. Bezakan melalui garisan yang dilintasi:
Mata, Petir, Tengkorak (dua alert dengan nama sama, satu untuk setiap jenis).Panel momentum dengan candle sendiri. Warna candle memberitahu sama ada wang sedang masuk (In the Money) atau keluar, dan isyarat ▲ ◆ memberi masa Entry.
Candle naik, momentum positif. In the Money.
Layan trend atau cari Buy on Dip.Candle naik, momentum masih negatif.
Awal pemulihan. Standby.Candle turun, momentum masih positif.
Pullback dalam trend. Tunggu ◆ atau ▲.Candle turun, momentum negatif. Out of Money.
Elak Buy.Penting: Candle Pichu dilukis lebih licin dan tanpa ekor, jadi parasnya bukan harga sebenar. Ambil paras Stop Loss dan Take Profit dari carta harga, bukan dari panel Pichu.
Label maroon STRONG BUY muncul hanya bila tiga isyarat berlaku pada candle yang sama: ▲ hijau terang, ▲ biru dan ◆ hijau. Ia sangat jarang, sebab itu tiada dalam carta contoh di atas. Jangan tunggu STRONG BUY untuk setiap trade; gabungan ◆ diikuti ▲ dalam beberapa candle sudah cukup bila disokong Banker.
| TF | Trend |
| 1H | Crossing Up |
| 4H | Uptrend |
| 1D | Uptrend |
| 1W | Sideways |
Logik sama seperti dashboard TREND V8 PRO, tetapi dengan perkataan penuh. Saiz teks dan lokasi boleh diubah dalam Settings.
Isyarat Pichu yang sama boleh dipapar terus di carta harga dengan menghidupkan Pichu Signal dalam TREND V8 PRO. Di sana ▲ momentum berwarna teal dan STRONG BUY berwarna hijau terang.
Setiap indikator menjawab satu soalan. Ikut urutan ini supaya isyarat masuk sentiasa selari dengan arah, jerung dan kawasan.
Dashboard menunjukkan UT atau XU pada TF besar (Daily dan Weekly untuk swing, 1H untuk scalping). Harga di atas BlueLine dan TonyBox, Bantal putih, TREND V8 hijau. Jika tidak, tunggu.
Bankers v8 menunjukkan Banker melebihi 10 pada TF besar, ada 👀 atau ⚡, dan tiada ☠️ baru. Tanpa Banker, kaunter cenderung sideway lama.
Tunggu Pullback ke Bantal putih, atas TonyBox, BlueLine atau Support. Jangan kejar candle yang jauh dari Bantal dan jangan beli di tengah kotak sideway.
PinkCandle diikuti WhiteCandle (alert PERFECT SETUP), selepas candle close. Pichu menyokong bila candle bertukar gold atau muncul ◆ diikuti ▲. Label Delta ungu penuh di Support ialah bonus.
Stop Loss: scalping 5%, swing 10%, atau di bawah Bantal/TonyBox. Take Profit scalping 5–10%. Untuk swing, gunakan Bantal putih atau WhiteLine sebagai Trailing Stop. Keluar bila GreyCandle, YellowCandle dengan reversal, ☠️, Pichu keluar dari gold, atau latar merah Pichu. Rugi 2 kali berturut-turut: tutup platform.